EXPEDISI TRANS-SIBERIA MERENTASI 6 ZON MASA

MOSCOW - KAZAN - EKATERINBURG - NOVOSIBIRSK - IRKUTSK - LAKE BAIKAL - ULAANBAATAR - ULANQAB

Peta Perjalanan Expedisi Trans-Siberia

Siapa Yang Sesuai Ikut Trip Ni ?

Trip ini sesuai untuk korang-korang yang suka pengembaraan panjang tapi santai.

Trip ini juga ideal untuk mereka berusia 40 tahun ke atas, pasangan yang nak pengalaman unik, serta keluarga atau kawan-kawan yang ingin cuba sesuatu yang lain daripada percutian biasa.

Bagi yang suka travel dalam kumpulan kecil, trip ini memang pilihan terbaik lebih mesra, lebih selesa dan lebih mudah bergerak.

Dan kalau anda memang suka suasana sleeper train, budaya berbeza, serta destinasi yang jarang orang Malaysia sampai, trip Transiberia ini memang tepat untuk anda.

Kenapa Korang Kena Travel Dengan Din ?

Trip ini memang khas untuk sesiapa yang nak rasa PENGALAMAN REAL Trans-Siberia santai, tak rushing dan penuh dengan memori best sepanjang perjalanan.

Perjalanan akan jadi lebih selesa sebab dengan Din HANYA GUNA KABIN (2-berth atau 4-berth) sahaja. Jadi korang boleh rehat dengan tenang setiap malam sambil menikmati pemandangan Siberia dari tingkap.

Trip ini juga berjalan dalam KUMPULAN KECIL sahaja. Sama ada korang pilih private trip atau open date small group (minimum 7 orang), suasana lebih mesra, mudah bergerak dan tak rasa crowded.

Trip ini juga TIDAK MEMENATKAN kerana kita tidak akan tidur lebih sehari di dalam train pada satu2 perjalanan menaiki train. Kita akan satu hari bermalam di train dan satu hari bermalam di hotel bergilir-gilir.

Pendek kata, kalau korang nak trip yang SMOOTH, SELESA dan TAK MEMENATKAN, inilah perjalanan yang paling sesuai.

Itinerari Lengkap Perjalanan

Selama 17 Hari 14 Malam

Day 1 : KUL ✈ SVO

Pengembaraan Trans-Siberia ini bermula dengan berkumpul di KLIA pada waktu malam bagi penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Moscow, Russia.

Setelah merancang dan menunggu begitu lama, akhirnya semua peserta berkumpul dengan penuh semangat untuk memulakan perjalanan epik merentas benua. Suasana di KLIA sangat meriah masing-masing tak sabar nak mulakan kisah baru di bumi Russia.

Detik permulaan perjalanan, semua hadir dengan wajah ceria dan penuh teruja sebelum terbang ke Moscow.

Day 2 : Arrival (SVO Airport / Moscow, Russia)

Hari pertama tiba di ibu kota Russia iaitu Moscow. Setelah penerbangan panjang, kita akan terus “check in” hotel dan merehatkan diri sebentar sebelum kita akan keluar barjalan-jalan di setikar hotel.

Hotel kita pada hari pertama kita adalah di Izmailovo. Selepas sejam merehatkan diri di bilik hotel, kita akan ke tempat pertama yang kita akan lawati iaitu Izmailovo Market dan Kremlin Izmailovo. Hotel yang kita akan menginap hanya 500 meter sahaja dari Kremlin Izmailovo ini.

Jadi kita akan berjalan kaki sambil menghirup udara segar di bandar ini. Untuk pengetahuan semua juga, di sekitar hotel ini juga terdapat banyak makanan halal. Jadi untuk makan malam memang tak perlu di risaukan.

Dihadapan Lapangan Terbang Moscow

Dihadapan Kremlin Izmailovo

Bergambar di Dalam Kremlin Izmailovo. Warna-warni di dalam Kremlin Izmailovo membuat perserta ceria dan bergembira

Day 3 : Moscow, Russia & Onboard Trans-Siberia Train

Hari di mulakan dengan kita berjalan-jalan ke Pusat Bandar Moscow dengan menaiki “Metro” bawah tanah yang sangat dalam. Menaiki metro ni merupakan salah satu “check list” jika menjejaki kaki di bumi Rusia ini.

Setiap stesen ada seni bina dan corak tersendiri. Dengan lampu “chandelier” yang berbeza-beza, mengikut stesen tersendiri. Pada hari ni, kita akan lawati Moscow Kremlin, Red Square, State Historical Museum, St. Basil Cathederal, Moscow Cathederal Mosque dan Arbat Street. Untuk ke semua tempat attraction ni, kita cuma naik metro je tau. Memang sangat-sangat best.

Bergambar di Red Square Moscow ( State Historical Museum & St. Basil Cathedral)

Selepas seharian berjalan di sekitar bandar Moscow telah tiba masa untuk kita menaiki train kita yang pertama iaitu dari Moscow ke Kazan. Kita akan tidur di dalam train pada malam ini.

Dihadapan Stesen Metro Izmailovo

Di Dalam Stesen Metro Moscow

Dihadapan Masjid Moscow

Sebelum Menaiki Train Trans Siberia

Day 4 : Kazan, Russia

Perjalanan hari itu menjadi lebih mudah kerana kita akan ditemani oleh tour guide yang sangat peramah dan banyak berkongsi cerita menarik tentang sejarah Kazan.

Dihapan Stesen Kereta Api Kazan

Kita juga melawat Kazan Kremlin, menyaksikan keindahan Kul Sharif Mosque serta menara Soyembika yang terkenal. Di dalam kawasan itu juga, kami singgah melihat kecantikan Annunciation Cathedral yang biru dan emas.

Seterusnya, kita ke Old Tatar Village. Hari diakhiri dengan berjalan santai di Kazan & Bauman Street Mall sebelum kita ke hotel untuk merehatkan diri.

Dihadapan Kazan Kremlin

Di Old Tatar Village

Dihadapan Kul Sharif Mosque

Di Dalam Kul Sharif Mosque

Dihadapan Palace of Farmers

Dihadapan Bell Tower, Bauman Street

Setelah satu malam kita berada di dalam train, kita tiba di stesen Kazan, dan disambut dengan suasana bandar yang tenang dan cantik.

Day 5 : Onboard Trans-Siberia Train

Pada hari ini, kita akan menaiki train kita yang kedua dari Kazan ke Ekaterinburg. Perjalanan train kali ini adalah “day time train” bermaksud untuk kali ini kita tidak bermalam di dalam train.

Sepanjang perjalanan, kita akan menikmati pemandangan indah melalui tingkap tren, hutan luas, kampung kecil dan suasana Rusia yang tenang. Perjalanan terasa santai dan menenangkan.

Setibanya di bandar Ekaterinburg, kita disajikan dengan udara yang sangat nyaman. Selepas itu, kita akan “check in” hotel dan berehat untuk hari esok.

Di Dalam Stesen Kereta Api Kazan

Menunggu Kereta Api ke Ekateringburg

Di Dalam Train Trans-Siberia Menuju ke Ekateringburg

Salah Satu Perhentian Di Sepanjang Perjalanan ke Ekateringburg

Di Cafe Train Trans-Siberia Menuju ke Ekateringburg

Tiba di Bandar Ekateringburg

Day 6 : Ekaterinburg, Russia

Hari ini kita mulakan aktiviti dengan melawat beberapa lokasi utama di Ekaterinburg bersama tour guide. Destinasi pertama ialah Asia-Europe Border, titik simbolik yang menandakan pertemuan dua benua. Seterusnya, kita bergerak ke Monument to the Founders sebelum menikmati suasana tenang di tepi Iset River.

Monument of Founders Ekaterinburg

Tour guide kemudian membawa kita ke Sverdlovsk Regional Local Lore Museum dan Hall of the Romanovs, di mana kita berpeluang melihat lebih banyak sejarah setempat dan cerita tentang keluarga diraja Rusia.

Selepas selesai berjalan-jalan disekitar bandar Ekaterinburg, kita akan ke stesen Ekaterinburg untuk menaiki train Trans-siberia dari Bandar Ekaterinburg ke Novosibirk. Kita akan bermalam di dalam train pada hari ini.

Rumah Persingahan Presiden Russia di Ekateringburg

Asia=Europe Border

Berjalan-jalan di Sekitar Bandar Ekaterinburg

Menaiki Trem Mengelilingi Ekaterinburg

Dihadapan Stesen Kereta Api Ekaterinburg

Day 7 : Onboard Trans-Siberia Train

Hari ini kita berada di dalam Trans-Siberia train sepanjang hari. Perjalanan agak panjang, tetapi suasananya tenang dan selesa. Sepanjang laluan, kita dapat melihat pemandangan hutan, sungai dan kampung kecil yang menjadi sebahagian daripada kehidupan di Rusia.

Aktiviti hari ini lebih santai, ia memberi ruang untuk kita berehat sambil menikmati perjalanan yang ikonik ini.

Setibanya di Novosibirsk, kita akan disambut dengan stesen kereta api yang sangat cantik berwarna biru kehijauan. Selepas itu, kita akan “check in” hotel dan berehat untuk hari esok.

Sarapan Di Cafe di Dalam Tren

Permandangan Dari Tingkap Tren

Di Salah Satu Perhentian Di Sepanjang Trans-Siberia

Sampai Di Stesen Novosibirk

Day 8 : Novosibirsk, Russia

Hari ini kita mulakan lawatan di Novosibirsk dengan menaiki Metro, pengalaman ringkas tetapi menarik untuk lihat suasana bandar dari sudut berbeza. Destinasi pertama ialah Alexander Nevsky Cathedral yang mempunyai seni bina Byzantine dan kubah emas yang sangat ikonik.

Selepas itu, kita bergerak ke Novosibirsk Opera & Ballet Theatre, bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar ini. Kita turut singgah di Lenin Square, kawasan lapang yang menjadi pusat tumpuan penduduk tempatan.

Selesai sightseeing, kita menuju ke stesen Novosibirsk untuk menaiki tren menuju ke Irkutsk. Hari berakhir dengan perjalanan seterusnya merentasi Trans-Siberia yang merupakan perjalanan train Trans-Siberia kita yang paling panjang.

Di Lenin Square

Taman Opera & Ballet Theatre

Sebelum Menaiki Tren Trans-Siberia Menuju ke Irkutsk

Di hadapan Opera & Ballet Theatre

Day 9 : Onboard Trans-Siberia Train

Hari ini kita habiskan masa sepenuhnya di atas Trans-Siberia train dengan tempoh perjalanan sekitar 30 jam. Perjalanan yang panjang ini memberi peluang untuk kita berehat sambil menikmati pemandangan alam semula jadi sepanjang laluan.

Perjalanan berjalan lancar sehingga kita tiba di Irkutsk. Setibanya di sini, kita menuju ke hotel untuk nak merehatkan diri selepas perjalanan yang amat panjang.

Di Dalam Tren Menuju ke Irkutsk

Semasa Menunggu Kereta Untuk Ke Hotel

Semasa Turun Di Stesen Irkutsk

Di Salah Satu Perhentian

Day 10 : Irkutsk, Lake Baikal & Listvyanka

Hari ini kita bergerak keluar dari Irkutsk untuk sightseeing ke Lake Baikal. Dalam perjalanan, kita singgah di Angara River sebelum meneruskan lawatan ke Listvyanka dan menikmati pemandangan di sepanjang Lake Baikal shoreline. Kita juga sempat menaiki bot di atas Lake Baikal untuk merasai keindahan tasik ini dari sudut berbeza.

Di Hadapan Chapel St. Nicholas

Waktu tengah hari, kita menikmati makan tengah hari di tepi Lake Baikal sambil menikmati suasana yang tenang. Selepas itu, kita kembali ke Irkutsk untuk sightseeing bandar, singgah di Tsentral'nyy Market, Irkutsk Cathedral Mosque dan beberapa landmark menarik.

Monumen Tsar Alexander III

Monumen Eternal Flame - Memorial Perang Dunia Kedua Irkutsk

Sign Lake Baikal Di Listvyanka

Selepas itu, kita akan kembali ke hotel dan berehat sebelum menaiki Train Trans-Siberia untuk kali terakhir pada esok hari.

Baikal Limnological Museum

Di Tepi Tasik Lake Baikal

Day 11 : Onboard Trans-Siberia Train

Hari ini kita bergerak ke stesen Irkutsk untuk menaiki tren menuju ke Ulaanbaatar, Mongolia. Perjalanan ini mengambil masa sekitar 24 jam. Sepanjang perjalanan, kita dapat menikmati pemandangan indah Lake Baikal terus dari tingkap tren, dengan tasik yang luas dan airnya yang tenang. Landskap perlahan-lahan berubah apabila menghampiri sempadan Mongolia. Perjalanan terasa santai dan selesa sebelum hari berakhir di dalam tren. Malam ini kita akan tidur di dalam tren.

Sementara Menunggu Giliran Naik Ke Tren

Permandangan Dari Tingkap Tren

Melihat Permandangan Dari Tingkap Tren

Day 12 : Ulaanbaatar, Mongolia

Setibanya kita di Ulaanbaatar, perjalanan diteruskan dengan sightseeing sekitar bandar. Kita mulakan lawatan ke Gandantegchinlen Monastery untuk melihat suasana keagamaan dan kehidupan masyarakat tempatan. Selepas itu, kita singgah di Sükhbaatar Square yang menjadi pusat utama bandar, sebelum ke National Museum of Mongolia untuk memahami sejarah dan budaya negara ini.

Gandantegchinlen Monastery

Kita juga meluangkan masa di Narantuul Market, melihat jualan barangan tempatan dan cenderamata. Lawatan diteruskan ke Zaisan Hill Complex dan Zaisan Monument untuk menikmati pemandangan bandar dari atas. Hari diakhiri dengan persembahan budaya di Tumen Ekh Ensemble sebelum berehat.

Di Sukhbaatar Square

Di Zaisan Monument

Di Sign Ulaanbaatar di hadapan Mongolia Theatre Hall

National Museum of Mongolia

Narantuul Market

Day 13 : Semi-Gobi Desert, Mongolia

Hari ini kita bergerak keluar dari Ulaanbaatar untuk sightseeing ke kawasan Semi-Gobi Desert. Destinasi utama ialah Elsen Tasarkhai, terkenal dengan sand dunes yang luas dan suasana padang pasir yang unik. Di sini, kita berpeluang merasai pengalaman menaiki unta Bactrian berkembar dua bonggol.

Perjalanan diteruskan dengan drive melalui kawasan perkampungan nomad untuk melihat cara hidup tradisional mereka, sebelum melalui Khustain Nuruu National Park yang dipenuhi pemandangan alam semula jadi. Selepas selesai lawatan, kita kembali semula ke Ulaanbaatar untuk berehat dan menamatkan hari dengan tenang.

Quick Pit-Stop Sebelum Sampai di Semi-Gobi Desert

Bergambar Dengan Warga Tempatan

Menunggang Unta Dua Bonggol

Semi-Gobi Dessert

Rumah Tradisional Mongolia

Di Tengah Padang Pasir

Day 14 : Genghiz Khan Statue & Terelj National Park

Hari ini kita meneruskan perjalanan ke kawasan Mongolian outback untuk menikmati suasana alam semula jadi. Lawatan bermula di Genghis Khan Statue sebelum ke Terelj National Park yang terkenal dengan pemandangan hijau dan berbatu. Kita singgah di Turtle Rock dan Aryapala Meditation Centre untuk melihat keunikan kawasan ini.

Genghiz Khan Statue

Di sini juga, kita berpeluang mencuba pengalaman menunggang kuda sambil menikmati suasana terbuka yang tenang. Selepas selesai sightseeing, kita bergerak ke stesen Ulaanbaatar untuk menaiki tren menuju ke Ulanqab (Jining), Inner Mongolia, China. Perjalanan diteruskan dengan menikmati pemandangan sepanjang laluan sebelum hari berakhir di dalam tren.

Menungang Kuda DI Genghiz Khan Statue

Makan Tengah Hari di Dalam Yurt

Turtle Rock, Terelj National Park

Mendaki Turtle Rock

Di Tengkuk Turtle Rock

Aryabal Meditation Temple

Memakai Pakaian Tradisional Mongolia

Day 15 : Onboard Trans-Siberia Train

Hari ini kita menghabiskan masa sepanjang hari di atas Trans-Siberia train yang merupakan tren Trans-Siberia kita yang terakhir. Perjalanan ini lebih kepada rehat sambil menikmati pemandangan yang berubah-ubah sepanjang laluan. Dari tingkap tren, kita dapat melihat kawasan padang rumput, perkampungan kecil dan suasana luar bandar yang tenang.

Selepas perjalanan yang panjang, kita akhirnya tiba di Ulanqab (Jining). Setibanya di sini, kita bersedia untuk berehat dan menamatkan hari sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.

Permandangan Dari Luar Tingkap di Mongolia

Ulanqab Railway Station

Day 16 : Ulanqab (Jining), China / Departure (PKX Airport)

Hari ini kita mulakan sightseeing di Ulanqab (Jining), yang dikenali sebagai ibu kota musim panas Inner Mongolia. Kita singgah di Jining International Leather City untuk melihat suasana membeli-belah tempatan, kemudian berehat seketika di Laohushan Ecological Park yang tenang dan hijau.

Selepas itu, kita bergerak ke stesen Ulanqab (Jining) untuk menaiki High Speed Train menuju ke Beijing (Qinghe). Setibanya di Beijing, perjalanan diteruskan ke Beijing-Daxing Airport.

Kita akan uruskan check-in penerbangan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas, sebelum meninggalkan Beijing-Daxing dan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Jining International Leather City

Laohushan Ecological Park

Daxing International Airport

Day 17 : PKX ✈ KUL

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL), perjalanan rasmi kita pun berakhir. Semua kenangan, pengalaman dan cerita sepanjang pengembaraan ini dibawa pulang sebagai memori yang berharga.

Kuala Lumpur International Airport

Itinerari Penuh Perjalanan Tamat

International Flight:

  • Return International Flights (Economy Class) ex. KUL with Meals

    (4+ Hours Flight) & Luggage (1x 7kg Cabin + 1x 20kg Check-In)

  • Estimate price RM2800-RM3200

Others:

  • Lunch & Dinner, and also Breakfast during Overnight Trains

  • Travel Insurance

  • Any kind of Flight Add-Ons (Seat Fee, Meals, Comfort Kit, etc.)

  • Any kind of Gratuities & Tips to Guide, Driver & T. Assistant

  • All other items not mentioned in “Package Inclusion”

Not Included Ticket:

  • Kremlin Moscow

  • National Museum of Mongolia

  • Tumen Ekh Ensemble

Ground Transport:

  • Travel with Train & Join-In Tour (Vehicle Vary)

  • Vehicle Usage Charges with Fuels, Insurance & Parking Fees

  • Travel Assistant (A crew assigned each group)

  • Train Tickets (2nd-Class) for Following Routes:

-SLEEPER COACH:

  • Moscow – Kazan

  • Ekaterinburg – Novosibirsk

  • Novosibirsk – Irkutsk

  • Irkutsk – Ulaanbaatar

  • Ulaanbaatar – Ulanqab

-SEATING COACH:

  • Kazan – Ekaterinburg

  • Ulanqab – Beijing (High-Speed Train)

Accommodations & Meals:

  • 9 Nights in Hotels (up to 3 stars)

  • 5 Night in Sleeper Overnight Train

  • 8x Continental Breakfast & 2x Lunch

Visa & Handling:

  • Russia eVisa Application Fee (Single Entry)

  • Russia Invitation Letter

Airport Transfers (as per scheduled):

  • From Moscow (SVO) Airport on Day 02

  • To Beijing-Daxing (PKX) Airport on Day 16

Complimentary Offers:

  • Metro Ticket in Moscow & Novosibirsk

  • Kazan Kremlin & Old Tatar Village Entrance Fee

  • Genghiz Khan Statue & Terelj National Park Entrance Fee

APA YANG TIDAK TERMASUK DALAM TRIP NI ?

APA YANG TERMASUK DALAM TRIP NI ?

EHH JAPP!!! BACA DAN DENGAR REVIEW DULU

A Journey of a Lifetime: Trans-Siberia & Mongolia with Inspire Travel Sdn Bhd
Inspire Travel Sdn Bhd recently gave me and two of my closest friends, Zureed and Imah, the incredible chance to tour throughout Mongolia and the Trans-Siberian Railway.
From start to finish, Inspire Travel Sdn Bhd meticulously planned the vacation, ensuring a perfect blend of adventure, culture, and comfort. Rail travel through Russia's vast landscapes and into the open steppes of Mongolia was an unforgettable experience for any traveler. Every place we went to was different: Moscow was full of history, Lake Baikal was beautiful, and Mongolia was an unforgettable place to be.
A big thank you to Hakimi and Din! It made a tremendous difference that they were professional, patient, and cared about everyone in the group. They went above and beyond to make sure we had the greatest time possible, whether it was handling logistics behind the scenes, offering cultural insights, or just checking in on how we were doing.
This vacation was better than we could have imagined, thanks to the careful planning by Inspire Travel and the great advice from Din and Amirul. I came back with not only lovely memories and amazing images but also a greater appreciation for the cultures and landscapes we were lucky enough to see.
I’m sure to join Inspire for other travelling experience.
We missed the long days of train ride. As Amirul said, it is bonding time, and the three of us ( Zureed, Imah and I) did exactly that, catching up.

Zailan Jaffar

★★★★★

Norhayati

★★★★★